mungkinkah
''Sampai bila mereka harus bergaduh? Tidak pernahkah mereka terfikir untuk berdamai?'' aku mengomel sendirian. Pergaduhan orang tuaku tidak aku hiraukan. Aku menarik selimut dan tiba-tiba aku terfikir satu idea. Idea yang boleh membantuku bebas daripada pertengkaran yang saban hari mengusutkan fikiranku. Aku tersenyum dan memejamkan mata. Aku berharap idea ini dapat direalisasikan secepat mungkin.
''Terima kasih Zan,kau memang selalu jadi penyelamat. Tapi ingat tau,jangan bagitahu keluarga aku pasal ni. Kalau bocor rahsia,siap kau aku kerjakan.'' Aku berkata dalam nada bergurau.
''Lepaskan aku!'' aku berteriak sambil memukul-mukul badan orang yang menganakatku. Badannya besar dan tegap. Tidak lama selepas itu,aku diletakkan di dalam sebuah kenderaan dan kenderaan itu meluncur laju. Ingin aku berteriak namun suaraku tersekat di kerongkong.
''Kau pakai baju ni lepas tu ikut aku.'' Seorang lelaki botak mengarahku kemudian mereka keluar dari bilik itu. Oleh kerana diselubungi perasaan takut, aku menyarung baju tersebut. Baju tersebut umpama tidak cukup kain. Tiba-tiba pintu bilik dibuka dan seorang lelaki pendek masuk dan menerkamku. Aku menolak melawan lelaki tersebut menggunakan ilmu tae kwon do yang aku pelajari seperti teknik menendang iaitu momtong ap chagi di mana aku menendang perut lelaki tersebut. Lelaki itu mengaduh kesakitan. Aku menganmbil beg dan berlari keluar. Mujur tiada sesiapa dan aku berjaya melarikan diri.
''Kakak!!'' aku menjerit dan meluru kearah kakakku.
Kakak tersenyum dan berkata,''dapat juga kakak mencari adik. Pulanglah.''
Usai bicara,kakak menghembuskan nafas terakhirnya. Kemudian orang ramai membantu mengangkat kakak ke dalam ambulans. Aku tidak sedar bilakah ambulans sampai. Aku menangis dan merintih kesedihan.
''Ibu, ayah, Isya nak keluar dari rumah ni. Isya nak hidup berdikari. Lagipun Isya banyak susahkan ibu dan ayah. '' Aku berkata kepada ibu dan ayah ketika kami sedang bersarapan.
''Isya sudah besar dan boleh berfikir sendiri. Kalau Isya rasa itu yang terbaik bagi diri Isya, ibu izinkan. '' Ibu berkata dengan nada suara yang lemah.
Aku masuk ke dalam bilik dan kemudian keluar dengan membawa beg berisi pakaian. Aku pergi ke dapur untuk menyalam tangan ibu dan ayah. Mereka hanya diam seribu bahasa. Aku melangkah keluar rumah dan berjalan menuju ke pondok bas. Aku kemudian mengambil bas menuju ke bandar. Akan ku cari pekerjaan dan tempat untuk berteduh di sana. Kali ini aku tidak meminta bantuan Rizan.
Di bandar, sedang aku melewati sebuah rumah orang-orang tua. Entah mengapa tergerak hatiku entah melangkah masuk ke rumah itu. Aku terpandang seorang wanita lingkungan 30 an sedang melayan seorang warga emas. Tatkala aku memandangnya, dia tersedar akan kehadiranku. Lalu, dia menghampiriku.
''Adik nak melawat siapa?'' dia bertanyakan soalan tersebut kepadaku.
''Kak, ada kerja kosong? kalau ada, saya berminat nak bekerja disini.'' aku berkata tanpa menghiraukan soalan kakak tersebut.
''Ada. Kebetulan kakak tengah cari pekerja. Mari ikut kakak ke pejabat.'' kakak itu berkata lalu ,membawa aku ke pejabat.
Bermula dari detik itu, bermulalah kisah kehidupanku di rumah orang-orang tua. Aku menceritakan tentang kisah kehidupanku kepada kakak itu yang aku kenali sebagai Kak Liza. Di rumah tersebut aku telah berkenalan dengan seorang warga tua bernama Mak Jamilah. dia merupakan seorang warga tua yang telah kehilangan keluarga akibat kemalangan. Aku senang melayan perangainya berbanding warga tua yang lain. Bukannya aku bersikap pilih kasih, tetapi seperti yang aku katakan tadi, aku senang dengannya.
Mak Jamilah mengalami masalah kerapuhan tulang yang serius. Penyakit itu menyebabkan badannya menjadi bongkok lebih cepat berbanding warga tua yang lain. Penyakit ini disebabkan tulang rawan yang terdapat di antara setiap tulang yang bercantum sebagai tulang belakang menjadi semakin haus. Tulang itu semakin haus disebabkan Mak Jamilah pada usia mudanya sering melakukan kerja-kerja berat. Tulang tersebut dikenali sebagai Intervertebral Disc. Satu lagi faktor yang menyebabkan Mak Jamilah mengalami masalah kerapuhan tulang yang serius adalah badannya kekurangan sumber mineral yang penting iaitu kalsium. Kalsium penting dalam pembentukan tulang.
Ketika Mak Jamilah mempunyai keluarga, dia membantu suaminya mengusahakan ladang koko. Katanya, koko boleh hidup di kawasan tanah yang mempunyai tahap kesuburan yang rendah. Mak Jamilah dan suaminya telah mengkaji terlebih dahulu mengenai sektor pertanian sebelum menceburkan diri dalam industri tersebut. Pertanian di Malaysia dapat dijalankan dengan jayanya kerana Malaysia terletak di garisan khatulistiwa. Malaysia menerima hujan tahunan sebanyak 3000 mm setahun dan begitu sesuai dengan sektor pertanian. Mak Jmilah sering kali membantu suaminya membaja, menanam anak pokok koko, memungut hasil tanaman dan pelbagai lagi kerja berat. Mak Jamilah melakukan kerja-kerja tersebut kerana ingin meringankan kerja suaminya.
Pada suatu petang, Mak Jamilah menceritakan bagaimana ahli keluarganya meninggal. Tanggal 13 Julai 2007 telah mencatatkan memori hitam dalam sejarah hidup warga tua tersebut. Mak Jamilah, suami serta tiga orang anaknya dalam perjalanan ke Felda Ayer Hitam untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Suami Mak Jamilah memandu kereta mengikut kadar had laju yang telah ditetapkan iaitu 80 km/j. Tiba-tiba ada sebuah bas yang dari belakang kereta mereka cuba memintas. Dalam masa yang sama sebuah kontena dari arah bertentangan kereta mereka datang dengan kadar pemanduan yang agak laju. Bas yang cuba memintas tiba-tiba seperti kehilangan corak pemanduan. Bas tersebut cuba untuk masuk semula ke dalam lorong dan tiba-tiba...
Boooom!!
Bas yang cuba masuk kedalam lorong tersebut menghentam kereta Mak Jamilah. Suami Mak Jamilah terlepas pegangannya daripada stereng kereta. Kereta mereka terbabas dan hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam gaung di bahu jalan. Mak Jamilah berkata sebaik sahaja keretanya terhempas ke atas tanah, Mak Jamilah terus pengsan tidak sedarkan diri
Peristiwa kemalangan ini mengingatkanku mengenai statistik kemalangan yang berlaku pada tahun tersebut. pada tahun itu, kemalangan mencatatkan sebanyak 4646 kes dan nampaknya kes Mak Jamilah merupakan satu daripadanya. Punca kemalangan jalan raya sangat banyak dan antaranya ialah kecuaian para pemandu seperti pemandu bas yang diceritakan oleh Mak Jamilah.
Selepas tiga hari koma dan ditahan di dalam wad, Mak Jamilah akhirnya sedarkan diri. Ahli keluarga Mak Jamilah memaklumkan bahawa suami dan anank-anaknya telah meninggal dunia. Selepas pulih daripada kecederaan, Mak Jamilah pulang ke rumah. Dia tidak betah untuk tinggal di rumah. Lalu dia menyerahkan ladang dan rumahnya kepada adik lelakinya. Mak Jamilah pada mulanya menumpang di sebuah masjid yang ada di bandar. Pada suatu hari, Kak Liza menegur Mak Jamilah kerana sering melihat orang tua itu di masjid tersebut. Lalu, Kak Liza mengajak Mak Jamilah untuk tinggal di rumah orang-orang tua itu. Mak Jamilah akui bahawa pada mulanya dia berasa agak kekok. Tapi lama kelamaan dia mula berasa senang tinggal di tempat tersebut.
Usai bercerita, Mak Jamilah bersuara, ''Isya, baliklah ke rumah. Kasihan ibu bapa Isya. Pasti mereka rindukan Isya. Mak cik rasa tentu Isya rindukan mereka juga bukan?''
Aku terkedu. Ya, aku rindukan mereka. Ingin aku katakan kepada Mak Jamilah tetapi suaraku tersekat di anak tekak. Tiba-tiba air mata yang tadi bergenang di pelupuk mata jatuh berjuraian.
''Fikirkanlah apa yang Mak cik katakan ini. Hargai dan sayangi orang di sekeliling Isya. Kakak Isya tentu sedih melihat Isya begini.
Puas aku berfikir mengenai apa yang dikatakan oleh Mak Jamilah. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk pulang ke pangkuan ahli keluargaku. Tetapi, sebelum itu, aku ingin menyumbangkan sesuatu kepada rumah orang-orang tua ini yang begitu banyak memberiku pengajaran. Wang gaji yang aku simpan serta semua wang simpananku telahku keluarkan. Wang yang tidak seberapa itu telah aku hulurkan kepada Kak Liza untuk digunakan demi kepentingan warga emas yang tinggal dirumah tersebut.
Aku mengucapkan ucapan perpisahan kepada semua warga rumah tersebut yang telah aku anggap seperti keluarga sendiri. lagui doa dalam perpisahan berkumandang ketika majlis perpisahan yang diadakan oleh Kak Liza berlangsung.
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini
"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu
Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu
Semoga Tuhan Berkatimu